Tuesday, 11 February 2014

Pejabat Deep Peace

Pejabat di Deep Peace di Jala tidak sukar dicari. Tempatnya tenang dan damai. Di sinilah sukarelawan Deep Peace berkumpul bagi membincangkan masalah anak yatim.

Deep Peace merupakan salah sebuah NGO di Fathoni Darussalam yang menguruskan hal ehwal anak yatim. NGO dari Malaysia,iaitu Aman Patani sama-sama berganding bahu membantu  anak yatim.





Pagi itu kami ke pejabat Deep Peace di Jala. Cik Norizan dan rakannya sudah sedia menunggu. Rakannya(gambar atas sebelah kiri) mendapat pendidikan di Malaysia dalam bidang pengajian perniagaan.Dia fasih berbahasa Melayu baku.

Beliaulah yang banyak menerangkan kegiatan Deep Peace kepada kami.





Oleh Hay Bin Yazan

Sunday, 9 February 2014

Melawat Pejabat Deep Peace

Deep Peace mempunyai pejabatnya sendiri di Jala. Di sinilah mereka menguruskan anak yatim dan memberikan bantuan kepada mereka.


Menurut Cikgu Norizan yang kini mengajar di Pondok Hj Harun, rancangan untuk menubuhkan kompleks pendidikan dan rumah anak yatim sudah lama dirancangkan. Tetapi kerana masalah kewangan rancangan membangunkan  kompleks tidak dapat dibuat serentak. Jadi terpaksalah dibangunkan mengikut kemampuan yang ada. Fasa pertama dibangunkan asrama lelaki dahulu. Kemudiannya diikuti dengan fasa ke 2 dan ke tiga. Pihaknya berharap orang ramai sudi menderma bagi mempercepatkan naik bangun kompleks ini.


















Oleh Hay Bin Yazan

Aktiviti DEEP PEACE

Friday, 7 February 2014

Zambree: Kami Memerlukan Sumbangan Untuk Kompleks Pendidikan Anak Yatim

Setiausaha Deep Peace South,Encik Zambree yang mengendalikan urusan anak yatim di Kg Baloi,Jambu,Patani menyatakan pihaknya sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan bagi menyiapkan kompleks pendidikan anak yatim.


Pihaknya sekarang hampir menyiapkan bahagian bawah asrama lelaki. Menurutnya hampir 1.3 juta bath telah dibelanjakan.

"Kami memerlukan 6 juta bath lagi untuk menyiapkan keseluruhan kompleks pendidikan ini." jelas beliau.


Untuk tujuan itu beliau dan beberapa orang AJK Deep Peace telah turun ke Johor,Malaysia untuk bertemu dengan peniaga Tom Yam dan meletakkan tabung sumbangan di kedai  mereka.



Wednesday, 5 February 2014

Mereka Yang Terlibat

Kami begitu kagum dengan kedatangan pengerusi Deep Peace South dari Fathoni Darussalam. Beliau ialah Muhammad Alauddin(Aladi) dari Menara yang juga bertugas sebagai seorang guru.

Beliau datang ke Alor Setar,Kedah untuk berjumpa dengan peniaga Tom Yam di sekitar bandar ini. Tujuannya ialah meletakkan tabung bagi membiayai dan menyiapkan kompleks pendidikan rumah anak yatim yang terletak di Kampung Baloi,.Mukim Baloi,Jambu(Yaring) Patani.




Menurut Encik Muhammad Alauddin(gambar di kanan) terdapat 1300 orang anak-anak yatim yang  berdaftar dengan pihaknya. Beliau yakin terdapat ramai lagi anak yatim yang belum berdaftar.Ada yang berdaftar dengan NGO yang lain. Pihak Deep Peace South berharap dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak yatim dibawah jagaan mereka..                                                                                                          
                                                                                                        

Sajak Anak Yatim


Tuhan yang Maha Esa
alangkah sedihnya melihat anak yatim terbiar melarat
hidup yang tergadai.

Dalam masyarakat yang diternak oleh penjajah
Di sini juga aku mendengar suara
suara jerit orang yang terluka

Anak-anak yatim di jalan
Yang tinggal didalam sepi
Yang ayahnya tewas di medan.

Janganlah kita remehkan mereka
Anak-anak yatim berbaris sepanjang sejarah
Bersama duka yang dibawa berlari
Mereka juga dari khemah Ibrahim


Oleh Shakir Taha 

sumber: http://amanpattani.blogspot.com

Tuesday, 4 February 2014

Rumah Anak Yatim





Pihak Deep Peace sedang menyiapkan asrama lelaki.Peringkat mula disiapkan bahagian bawah dahulu. Bila bahagian bawah siap, dibangunkan pula asrama untuk  perempuan. Ini semua bergantung kepada kewangan yang ada pada Deep Peace. Pihak kami sangat-sangatlah mengalu-alukan sumbangan anda semua.