Monday 23 June 2014

Deep Peace Bertemu Fakir Miskin di Tiga Wilayah Di Hujung Selatan

Ramadhan akan menemui kita beberapa hari lagi. Kumpulan  NGO Deep Peace yang berpusat mahu menceriakan hidup fakir miskin dengan  program ziarah dan  memberi sumbangan berupa wang tunai.


Wang yang dihulurkan tidaklah begitu besar. Seramai 18 keluarga menerima sumbangan daripada  Deep Peace. Mereka menerima sebanyak RM200.00 ataupun 2.000 baht.

Menurut Cik Fadilah pemberian wang ini diagihkan kepada 3 wilayah- Jala, Patani  dan Menara.







Pihak Deep Peace sebuah NGO yang berpusat di Jala bergerak aktif membantu ibu tunggal dan anak-anak yang  menjadi mangsa konkflik yang membarah secara cergas sejak tahun 2004.

Pihak Deep Peace yakin sumbangan akan memberi kegembiraan menyambung kedatangan Ramadhan  yang mulia.






Menurut CIk Fadilah keluarga ini cukup gembira dengan kedatangan mereka. Keluarga ini begitu terharu sekali dengan sikap peduli Deep Peace terhadap masalah mereka.

Konflik yang berlarutan menjejaskan kehidupan umat  Islam di Hujung Selatan. Hidup mereka tidak selamat. Hari-hari pasti ada kematian, letupan dan tembak menembak.Pembunuhan secara beramai-ramai di wilayah ini disebut sebagai Taba ataupun Tak Bai oleh penjajah.


Malah hari-hari adalah Tak Bai di Hujung Selatan. Pembunuh tidak pernah dihukum.


Keadilan masih jauh berbalam-balam. Ada yang mengatakan keadilan sudah mati di wilayah yang sentiasa bergolak dan berdarah ini. Malah setiap hari  ada air mata yang jatuh membasahi bumi. Darah terus menitis ke bumi. Anak-anak terus kehilangan ayah tempat bergantung. Isteri kehilangan suami.

Mereka tetap mengharapkan fajar keadilan  di Bumi  Fathoni. Amin.



Oleh  Hay Bin Yazan








Monday 16 June 2014

Kanak- Kanak Menjadi Mangsa Pembunuhan Di Hujung Selatan

Pembunuhan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa semakin menjadi-jadi di Palestin wilayah yang diduduki oleh Israel dan juga di Hujung Selatan(Menara,Jala, Patani dan  Senggora).

Sebuah badan NGO Palestin yang bernama 'Defence for Children International/Palestine Section(DCI/PAS) telah mengeluarkan laporan tentang pembunuhan kanak-kanak pada tahun 2000.



Pembunuhan yang cukup besar dilakukan secara sistematik sekali. Laporan itu juga menyebutkan 105 dibunuh dalam tahun itu.Semua berlaku di wilayah yang diduduki oleh Israel. Pembunuhan kejam itu dilakukan lewat  bulan September 2000.

Dalam laporan dan kajian menunjukkan  72%  kematian akibat ditembak di bahagian atas( kepala dan dada).

Di Hujung Selatan kanak-kanak juga menjadi sasaran tentera hitam. Menurut laporan Deep South Watch seramai 62 kanak-kanak ditembak mati dan 387 cedera sejak bermula konflik  pada Januari 2004.



Oleh  Hay Bin Yazan




Friday 7 March 2014

PEJABAT DEEP PEACE YANG BARU

Deep Peace South ditubuhkan dalam tahun 2004. Dengan kegigihan anggotanya Deep Peace dalam usia remajanya telah mampu beli pejabatnya sendiri di Pekan Jala 'Israel'.

Deep Peace sekarang ini mempunyai seorang pekerja tetap. Bangunan dua tingkat ini memudahkan kerja-kerja pengurusan anak yatim. Deep Peace sekarang ini dibantu oleh 22 sukarelawan.






Menurut Encik Zambree, bangunan ini secara ansuran. Hanya tinggal dua kali ansuran yang perlu dibayar.

Bangunan ini mempunyai bilik memasak 2 bilik bilik tidur di tingkat atas.

Selalunya mesyuarat dan perbincangan umum di adakan di sini.




Oleh Tun Sri Lanang

Wednesday 5 March 2014

Plan Keseluruhan Kompleks Rumah Anak Deep Peace

6 Mac,Khamis 2014/ 4 Jamadil Awwal




Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi Aman Patani di Malaysia atau Deep Peace di Jala, Negara Patani Darussalam.

Wednesday 26 February 2014

Sehelai Baju Untuk Anak Yatim

Sehelai baju cukup bermakna bagi yang tidak berbaju. Apa lagi baju itu baju baru.

Deep Peace sekali lagi mengadakan program bersama anak yatim. Program ini dinamakan 'Mencipta Impian Mengisi Iman Anak Yatim Menuju Keamanan'

Anda boleh memberikan sumbangan RM18.00 untuk sehelai baju. Baju itu nanti kami serahkan kepada anak yatim yang mengikuti program ini.

Seramai 200 orang anak yatim akan menyertai program ini.

Kami menanti dengan penuh harapan...Anda akan turut menderma, in sya Allah.


                                   Oleh Hay Bin Yazan

Thursday 20 February 2014

Bantuan Untuk Anak Yatim

21 Februari 2014/ 21 Rabiul Akhir  1435,Pulau Pinang

Kami memerlukan bantuan dan sumbangan anda
untuk membantu anak yatim di Hujung Selatan. Pihak Deep Peace dengan kerjasama Aman Patani Malaysia melancarkan program RM100.00 untuk seorang anak yatim.

Tujuannya ialah untuk membeli pakaian,sarung kaki dan beg sekolah.

Barang-barang ini akan dihadiah kepada mereka sewaktu program diadakan nanti pada tanggal 18-24 April 2014.

Pihak Deep Peace akan mengadakan kem latihan untuk menyuntik semangat mereka agar memandang hidup ini dengan penuh harapan.

Disamping itu mereka akan ajar adab sopan santun budaya orang Melayu Islam Patani.

Anak-anak yatim jangan dibiar hidup melarat.
Mereka adalah kita.

Anak-anak yatim perlukan kasih sayang
Kasihanilah mereka.

Anak yatim sentiasa berbaris di sepanjang sejarah.
Mereka adalah rumpun bambo yang menghasil udara nyaman.


             












Oleh Hay Bin Yazan

Tuesday 18 February 2014

DI PULAU PINANG BELUM ADA TABUNG ANAK YATIM DEEP PEACE/AMAN PATANI

19 Februari 2014,Pulau Pinang    

 Kami telah membuat tinjaun tentang tabung anak yatim Deep Peace/Aman Patani di seluruh negeri Pulau Pinang. Kami mendapati tidak ada sebuahpun tabung  yang kelihatan  di kedai Tom Yam pemilik orang Melayu Patani.

Kami sempat bertanya kenapa tidak ada tabung untuk anak yatim seperti yang ada di Kedah,Johor dan Trengganu.
Menurut  seorang peniaga Tom Yam yang enggan namanya disiarkan, berkata."Susah, tak ada ketua, tak ada persatuan. Kami  tak berani. Nanti pihak berkuasa tanya tak tahu nak jawap."

Menurut Timbalan Pengerusi Aman Patani Malaysia, Encik Syamsul tabung yang ada sekarang adalah jalinan kerjasama  Aman Patani Malaysia dengan Deep Peace  di Jala, Patani Darussalam. Deep Peace mempunyai pejabatnya di Jala.


Tabung yang terdapat di Kedai Tom Yam.



                                                           Oleh Hay Bin Yazan