Monday 23 June 2014

Deep Peace Bertemu Fakir Miskin di Tiga Wilayah Di Hujung Selatan

Ramadhan akan menemui kita beberapa hari lagi. Kumpulan  NGO Deep Peace yang berpusat mahu menceriakan hidup fakir miskin dengan  program ziarah dan  memberi sumbangan berupa wang tunai.


Wang yang dihulurkan tidaklah begitu besar. Seramai 18 keluarga menerima sumbangan daripada  Deep Peace. Mereka menerima sebanyak RM200.00 ataupun 2.000 baht.

Menurut Cik Fadilah pemberian wang ini diagihkan kepada 3 wilayah- Jala, Patani  dan Menara.







Pihak Deep Peace sebuah NGO yang berpusat di Jala bergerak aktif membantu ibu tunggal dan anak-anak yang  menjadi mangsa konkflik yang membarah secara cergas sejak tahun 2004.

Pihak Deep Peace yakin sumbangan akan memberi kegembiraan menyambung kedatangan Ramadhan  yang mulia.






Menurut CIk Fadilah keluarga ini cukup gembira dengan kedatangan mereka. Keluarga ini begitu terharu sekali dengan sikap peduli Deep Peace terhadap masalah mereka.

Konflik yang berlarutan menjejaskan kehidupan umat  Islam di Hujung Selatan. Hidup mereka tidak selamat. Hari-hari pasti ada kematian, letupan dan tembak menembak.Pembunuhan secara beramai-ramai di wilayah ini disebut sebagai Taba ataupun Tak Bai oleh penjajah.


Malah hari-hari adalah Tak Bai di Hujung Selatan. Pembunuh tidak pernah dihukum.


Keadilan masih jauh berbalam-balam. Ada yang mengatakan keadilan sudah mati di wilayah yang sentiasa bergolak dan berdarah ini. Malah setiap hari  ada air mata yang jatuh membasahi bumi. Darah terus menitis ke bumi. Anak-anak terus kehilangan ayah tempat bergantung. Isteri kehilangan suami.

Mereka tetap mengharapkan fajar keadilan  di Bumi  Fathoni. Amin.



Oleh  Hay Bin Yazan








No comments:

Post a Comment